BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Click here for Myspace Layouts

new me~!

new me~!
follow bell keyh..senang jerk,juz click ikon follow tu jer..fwenz 4 ever~!!..^_^

Sunday, December 11, 2011

OMBAK RINDU!


fenomena OMBAK RINDU kini melanda
negara kita..
ke sini OMBAK RINDU..
ke sana OMBAK RINDU..
semua begitu semangat bercerita tentang OMBAK RINDU..


hasil lakonan
-MAYA KARIN (IZZAH)
-AARON AZIZ (HARIZ)
-LISA SURIHANI (MILA)


filem OMBAK RINDU ini diadaptasi dari
hasil karya FAUZIAH ASHARI..




bell tidak ketinggalan untuk menonton dia..
pada hari pertama ia ditayangkan di panggung..
lepas kerja berlari ke KLCC..
untuk menonton filem ini..


well.. secara jujurnyer.. 
bell bagi 10 BINTANG... 
Iits the BEST MALAY MOVIE
yang bell pernah tengok..


dari awal sampai akhir..
air mata x henti2 mengalir..
AARON AZIZ & MAYA KARIN
adalah gandingan yang SUPERB!
x rugi pergi tengok wayang ni...
REALLY ENJOY!!!




you are THE BEST! <3 <3

NEW LIFE.. NEW FRIENDS!

well.. hye semua.. lama da bell x singgah kat sini..
dah bersarang dan berhabuk blog bell ni.. !! HASHIIIMM~
begitu banyak habuk~.. huhuhu~

kini bell kembali.. untuk meng"UPDATE" my blog...
bell kini bekerja di bank JEPUN yang terletak di KLCC..
memang HEAVEN dapat kerja kat sana...
impian setiap remaja.. 

ni view yang dapat dilihat dari TRADERS HOTEL..
its AMAZING!

ni pulak tempat duduk bell di office..


sangat-sangat UNTIDY... hahaha!

AND this is MY new FRIENDS!
semua my kakak-kakak & abang-abang..
since im the YOUNGEST kat office...
hahaha!



SURESH.. suka kacau aku kan! heheh..





JACELYN.. my cute little colleague..



 JASMINE & JIA YING.. <3



NATASHA.. u are so adorable..




DEE.. supertall MODEL! =p




kak SYA.. jaga kesihatan untuk baby akak tu tau! =)




kak FARIZA... saya rindu akak~!



SOOK YEE... ni hen ke ai~ <3




WEI FONG BOSS! i love you like a love song.. hahah!



DANNY TAN! no matter ape u buat pun..
u r still the best 4 me~



HEATHER..  thankz 4 being so concern when im in trouble.


ni la serba skit pasal hidup baru bell..
my kawan2 baru yang always support me no matter what happen..
I LOVE YOU!

Friday, August 12, 2011

saya tak CANTIK.. hanya JELITA..


AISHWARYA RAI... 
the most beautiful women in the world..
this is what you call BEAUTY..
dia memang cantik..
tak dapat dinafikan...
tapi hanya cantik di dunia..
adakah dia juga secantik ini bila di alam barzakh nanti???
HANYA TUHAN JUA YANG MENGERTI

..............................................................................................................................

"BELL, AWAK NI CANTIK LA "
"BELL AWAK NI CUTE LA"
"BELL, AWAK BUAT SAYA TAK TIDUR MALAM"

come on.. bell bukan nyer top chart 
MALAYSIA MOST BEAUTIFUL WOMEN pun..
kenapa sampai tak leh tidur malam semua???
tengok LISA SURIHANI boleh plak tido malam???
x suka orang yang hipokrit macam ni...

.........................................................................................................................................

tapi jawapan bell kepada soalan macam ni hanya SATU...

TERIMA KASIH.. INI SEMUA PEMBERIAN TUHAN 
YANG KEKAL HANYA SEMENTARA.. 
TAK GUNA CANTIK DI DUNIA.. 
TAPI DI AKHIRAT NANTI, 
KITA NI MANUSIA YANG PALING BURUK DAN BUSUK~

............................................................................................................................

bell bersyukur dengan pemberian TUHAN yang sementara ini..
tapi bell mengarapkan yang sama bila bell meninggal nanti..
bell nak secantik ini juga di akhirat nanti..
insyaALLAH~


muka asli ku tanpa editing...
buruk je k~


Friday, August 05, 2011

FADILAT BERPUASA


Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW sabdanya : “ Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa lalu .”   ( HR Bukhari Muslim )


Dalam salah satu riwayat pada sisi Nasa’i dari Qutaibah dari Sufyan dan ditambahkan : “ Dan dosanya pada masa-masa yang akan datang . Pengarang ini mengatakan bahawa riwayat ini hanya diriwayatkan oleh Qutaibah sendirian .


Baihaqi meriwayatkan dari hadith Ibnu Mas’ud pada bahagian akhirnya disebutkan : “ Dan pada setiap berbuka pada bulan Ramadhan , maka pada setiap malamnya Allah akan membebaskan 60,000 orang dari api neraka; dan apabila hari Raya Idul Fitri, maka Allah akan membebaskan sejumlah orang selama sebulan Ramadhan itu, iaitu 60,000 x 30 .”


Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Apabila telah tiba Ramadhan , pintu-pintu syurga nescaya dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup; dan syaitan-syaitan dibelenggu .” ( HR Bukhari dan Muslim )


Dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Tiga golongan yang permohonannya tidak akan ditolak, iaitu orang yang sedang berpuasa sampai dia berbuka ; seorang imam yang adil ; dan seorang yang sedang teraniaya , maka permohonannya diangkat oleh Allah sampai ke angkasa dan dibukakan pintu-pintu langit untuk dirinya ; lalu Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Tinggi berfirman : “ Demi kejayaan-Ku , pasti Aku akan menolongmu , walaupun beberapa saat kemudian .”
( HR Ahmad dan Tirmizi dan ia mengatakan hadith ini hasan )


Dalam Tirmizi disebutkan : “ Orang yang berpuasa ketika ia berbuka ,” dan diriwayatkan oleh Ibnu Majah , disahkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban ; dan dalam riwayat Al Bazaar dikatakan : “ Tiga golongan yang menjadi kewajipan Allah untuk tidak menolak mereka , iaitu doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka ; doa musafir sampai ia kembali ke rumahnya ; dan doa orang yang teraniaya sampai ia mendapatkan pertolongan .”


Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa berbuka sehari pada bulan Ramadhan tanpa sesuatu alas an atau tidak kerana sakit , maka puasanya tidak dapat digantikan oleh dirinya selama satu tahun , sekalipun dia sanggup melakukan puasa itu 
( HR Empat orang ahli hadith dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah , juga diriwayatkan oleh Baihaqi )

Dari Ubaidillah bin Umar : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersbda : “  Al-Quran dan puasa itu akan menjadi syafa’at bagi seseorang pada hari kiamat. Puasa akan berkata : Wahai Tuhanku, akulah yang menghalanginya dia makan dan bersyahwat, kerana itu jadikanlah aku syafaat bagi dirinya. Dan Al-Quran pun berkata : Dan akulah yang mencegah dia untuk tidur malam, kerana itu jadikanlah aku syafaat bagi dirinya .” Kemudian Nabi bersabda : “ Kedua-duanya dapat menjadi syafaat .”  ( HR Thabrani dan para rawinya adalah rawi-rawi sahih,disahkan oleh Hakim, juga diriwayatkan oleh Abi Dunya di dalam Kitab Al Ju’ dengan sanad hasan )


Dari Salamah bin Qaishar : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa puasa sehari kerana mengharap keredhaan Allah , nescaya Allah akan menjauhkan dirinya dari jahanam seperti jarak jauhnya burung gagak yang terbang dengan membawa anaknya sampai ia mati tua .”
( HR Abu Ya’la dan Baihaqi )


Puasa Ketika Berperang


Dari Abi Sa’id , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Tiada seorang yang puasa sehari , ketika sedang berperang di jalan Allah melainkan Allah akan menjauhkan dirinya dari api neraka pada hari itu sejak 70 tahun perjalanan .” ( HR Bukhari dan Muslim )


Puasa Arafah

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang puasa pada hari Arafah bagi orang-orang yang berada di Arafah .
( HR Abu Dawud dan Nasa’i , disahkan oleh Ibnu Khuzaimah dan diriwayatkan oleh Thabrani dalam Kitab Al Asusath dari Aisyah )


Pengarang kitab ini berkata : Para ulamak berselisih pendapat tentang puasa Arafah. Ibnu Umar berkata : Nabi tidak melakukannya, begitu juga Abu Bakar , Umar dan Utsman serta aku sendiri pun tidak melakukannya . Sedangkan Malik dan Tsauri , kedua-duanya lebih suka berbuka, dan Ibnu zubair dan Aisyah , melakukan puasa pada hari Arafah . Selain itu juga diriwayatkan oleh Utsman bin Abi Ash : Ishaq cenderung untuk melakukan puasa ini . Atha berkata : Aku melakukan puasa Arafah pada musim dingin, bukan pada musim panas . Dan Qatadah berkata : Tidaklah salah melakukan puasa Arafah selagi tidak membuatnya lemah untuk melakukan doa .
Syafe’i berpendapat : Disunahkan bagi orang yang tidak mengerjakan haji, adapun bagi orang yang mengerjakan haji, maka ia lebih baik berbuka agar ia kuat untuk berdoa di Arafah . Dan Ahmad berkata : Jika ia sanggup berpuasa, ia boleh berpuasa ; tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka , sebab hari Arafah memerlukan kekuatan .”


Puasa 10 Muharram


Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Puasa yang terbaik sesudah Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram .”  ( HR Muslim )


Dan pada riwayat Nasa’i dan Thabrani dari Jundab bin Sufyan dengan lafaz “ Bulan Allah yang baik engkau berdoa adalah bulan Muharram .”

Dari Abi Qatadah : Sesungguhnya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Asyura, sabdanya : “ Dapat hapuskan dosa-dosa satu tahun yang lalu .”
( HR Muslim dan Ibnu Majah dan lafaznya : Sabdanya “ Puasa pada hari Asyura aku kira adalah menjadi kewajipan Allah untuk menghapuskan dosa-dosa pada tahun berikutnya .”

Dari Ibnu Abbas : Sesungguhnya Rasulullah SAW , puasa pada hari Asyura dan baginda pun menyuruh melakukan puasa pada hari ini .  ( HR Bukhari Muslim )

Dan pada sisi Muslim disebutkan : Aku tidak pernah tahu yang Rasulullah puasa satu hari yang baginda cari keutamaannya di atas hari-hari lain lebih dari hari ini, iaitu 10 bulan Muharram dan tiada bulan yang baginda cari keutamaannya di atas bulan-bulan itu , selain daripada bulan ini , iaitu bulan Ramadhan . Dan pada sisi Thabrani disebutkan : Tiadalah dinanti-nantikan keutamaan suatu hari lebih dari hari yang lain sesudah Ramadhan , melainkan tarikh 10 Muharram . Dan pada kitab Al Kabiir ia sebutkan : Tiada hari yang lebih dari hari yang lain di dalam menjalankan puasa selain dari bulan Ramadhan dan tarikh 10 bulan Muharram .

Puasa Syaaban

Dari Aisyah : Sesungguhnya Nabi SAW biasa berpuasa Syaaban sepanjang bulan . Aisyah berkata : Aku bertanya : Wahai Rasulullah, apakah bulan yang paling tuan cintai untuk berpuasa itu bulan Syaaban ?. Sabdanya : “ Sesungguhnya pada bulan ini Allah menetapkan pada setiap orang kematiannya tahun itu, maka aku ingin agar ajalku datang kepada diriku pada saat aku sedang menjalani puasa .”   ( HR Abu Ya’la )

Dan pada riwayat Abu Dawud, Aisyah berkata : Adalah bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah untuk melakukan puasa adalah bulan Syabaan . Kemudian baginda sambung dengan bulan Ramadhan .


Puasa Tiga Hari Berturut-turut

Dari Abdullah bin Amr bin Ash , ia berkata Rasulullah SAW bersabda : “ Puasa tiga hari pada setiap bulan bererti puasa setahun penuh .”   ( HR Bukhari dan Muslim )

Dari Ibnu Umar : Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Nabi tentang puasa , lalu sabdanya : “ Lakukanlah olehmu pada hari-hari putih , iaitu 3 hari pada setiap bulan .”
( HR Thabrani dalam Kitab Ausath dan para rawinya dipercayai )


Puasa Dalam Safar

Dari Anas , ia berkata : Kami pernah bersama Nabi dalam satu perjalanan di antara kami ada yang berpuasa ; dan di antara kami ada pula yang berbuka . Ia berkata : Kemudian kami turun disuatu tempat pada hari yang begitu panasnya . Kebanyakan di antara kami berteduh pada kain-kainnya ; dan di antara kami ada yang mengangkat tangannya untuk melindungi dirinya dari terik matahari . Kemudian ia pun berkata : “ Hanya orang-orang yang berpuasa telah jatuh ; dan orang –orang  yang berbuka tetap segar .” Lalu mereka mendirikan beberapa khemah ; dan kemudian mereka memberi minum kepada orang-orang berkenderaan .  Kemudian Rasulullah bersabda : “ Pada hari ini orang-orang yang berbuka telah mendapatkan pahalanya .”

Dari Abi Sa’id Al Khudri , ia berkata : Kami bersama Rasulullah SAW pergi berperang pada tarikh 16 bulan Ramadhan . Di antara kami ada yang berpuasa dan di antara kami ada pula yang berbuka . Yang berpuasa tidak merasa keberatan kepada yang tidak berpuasa dan yang tidak berpuasa tidak merasa keberatan kepada yang berpuasa . Dalam riwayat lain dikatakan : Mereka memandang siapa yang masih tetap berpuasa , maka hal itu adalah baik ; dan siapa yang ternyata lemah , lalu ia berbuka maka yang demikian itu adalah baik .”  ( HR Muslim dll )

Pengarang kitab ini berkata : Para Ulamak berbeza pendapat tentang puasa dalam Safar dan berbeza pendapat tentang puasa dan berbuka dalam perjalanan . Anas berkata bahawa berpuasa adalah lebih baik , tetapi diriwayatkan dari Utsman bin Abi Ash dan juga yang merupakan pendapat Sa’id bin Zubir dan Tsauri dan Abu Tsaur dan kalangan yang lebih banyak menggunakan akal serta Malik , Syafe’i Fsdhsil bin ‘Iyadh berpendapat bahawa berpuasa dalam Safar adalah lebih baik bagi orang yang kuat , sedangkan Ibnu Umar , Sa’id bin Musayab , Ibnu Abbas , Al Auza’i , Sya’bi , Ahmad dan Ishaq berpendapat : berbukalah yang lebih utama . Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz . Qatadah dan Mujahid mengatakan bahawa yang terbaik adalah mana yang lebih mudah dilakukan oleh seseorang ketika dalam perjalanannya . Ibnu Mundzir berkata : Inilah pendapat yang aku ikuti . Dan pengarang kitab ini berkata : Itulah yang terbaik .


Friday, July 29, 2011

kami kalah bermaruah~!!!



semangat nyer bell yek...
well.. bell kalau pasal bola.. bell sanggup tolak ape jer...
sanggup tak jumpa kawan or wat so ever.. 
janji dapat tengok bola LIVE gitu.. haha~

............................................................................................................................................

well semalam sekali lagi bell pergi BUKIT JALIL..
untuk tengok MALAYSIA vs SINGAPORE 2ND LEG...
pukul 4 kami adik beradik da siap kuar rumah.. 
sampai2 sana jer.. hah... stadium full~!!! 
ambik ko.. terkejut kami~!!!


time ni baru kul 5.30 pm okew u guys~~
match kul 8.45 pm...
............................................................................................................................

inilah semangat yang kita mahukan daripada rakyat Malaysia..
penyokong yang fanatik~..
bukan hanya tahu mengutuk~..
adat permainan.. ada kalah.. ada menang...



muka penuh harapan + excited.. hehehe~
.................................................................................................................................

ARTIS-ARTIS juga datang & menyokong team malaysia okew u ollzz...
walaupun busy.. diorang sanggup luangkan 90 minit dirog..
untuk support malaysia football team...


NORA DANISH


SHEILA MAJID

..............................................................................................................................

Malaysia telah bermain all out...
tapi rezeki bukan berpihak pada pasukan MALAYSIA..
kita SERI 1-1.. tapi agregat 6-4..
yang membuatkan kami kalah..
tapi its ok.. kami kalah bermaruah...
fokus ke hadapan selepas ini...


muka je nampak happy.. tapi dalam hati..
HANYA TUHAN YANG TAHU~
.......................................................................................................................................

well.. sebelum balik.. tengah sedih-sedih ni..
 tetiba bell ternampak seorang artis jambu ni.. 
rupa-rupanya it's DANNY X FACTOR..  hahah...
cepat-cepat bell mintak izin dia nak snap 1 pic...


 thx abg danny... mu baik gler.. n sangat sweet.. 
............................................................................................................................................................

lepas habis game... BUKIT JALIL jadi mcm lautan manusia...
bersesak-sesak nak kuar...
smpi train station.. perghhh... semput bell dibuatnyer...


LAUTAN MANUSIA di LRT BUKIT JALIL..
 .................................................................................................................................

bell sampai rumah jer.. 
terus terbungkang smpi the next morning.. hahahha..
penat teriak2.. sokong MALAYSIA.. heee~~~

Friday, July 22, 2011

explanation is important!


question mark??
tanda soal???

well.. bell ada story nak citer..
betapa penting nyer penjelasaan itu dalam hidup kita...
explanation okew u guys...

....................................................................................................................

well.. lepas bertengkar dengan SUFYAN SAYED
at last semalam.. aku lembutkan hati aku...
untuk suruh dia kol aku dan explain ape yang terjadi..
pasal kes dia flirt ngan my good frend laa..
lau x tau cter.. sila rujuk 
then padahal actually.. kawan aku tu jugak yang gatal..
kau suka2 hati nak tuduh dia kann...

.....................................................................................................................

macam2 citer aku dapat tahu...
my goldfish.. sungguh aku x sangka..
perangai kau seteruk tu....
masuk club.. DRUNK.. 
main bagi jantan raba-raba kau...
KELING  pun kau sapu..
ape punyer betina la kau kan...
then ada hati nak kutuk2 sufyan...
dia playboy la semua...

................................................................................................................................

aku pikir kau da insaf..
rupanya betul kata pyan..
kau memang x kan berubah!!!!
menyesal aku berkawan dengan kau!!
PERGI main jauh-jauh..
jangan near-near dengan aku...
shuuuuhhhh~!!!!!



INILAH GAYA BELL LARIKAN DIRI DARI DIA.. hahaha~
(sekadar gambar hiasan)

Wednesday, July 20, 2011

Hati ku remuk dipanah penipuan!!



pagi semua readers..
today mood bell tak berapa elok..
asyik sedeyh jer...

mungkin sebab dapat tahu kebenaran cerita tentang..
seseorang yang bell sayang..
tapi dia tipu bell selama ni...
ada affair ngan my own kawan baik..
tapi kawan ku tu baik sangat..
dia bagi tau aku.. n dia langsung ignore kan tat guy..
bab dia tau bell minat laki tu...

adakah semua lelaki mcm ni???
suka pasang banyak...
 then berlakon mcm dia pun suka kita..
padahal itu semua pura-pura...
hanya LELAKI saja yang mampu menjawab soalan bell..

.......................................................................................................................................

ku susuri malam ini..
yang tidak berbintang sunyi sepi..
juga rembulan dah menghilang..
dalam kelam ku sendiri...

ku mencari hembus bayu..
yang selalu berbisik madah rindu..
kini membisu dalam sayu..
tidak ku temu suaramu...
ohh....

[CHORUS]
kekasihku di jalan yang berliku.. 
di saat ku perlukanmu...
tertutup jua segalanya terhadapmu..
di sini ku tersedu-sedu..

Setelah cinta pergi..
ku mengusung duka ini diiringi...
kisah janji dimungkiri lagi...

[REPEAT CHORUS]

dimungkiri... ohhh...

Sia-sia ku mencintaimu...
Setia padamu..
Percayakan mu...
Sebak dadaku...
Retak hatiku..
Luka jiwaku.. 
Dihiris pilu...

Sia-sia ku mencintaimu...
Setia padamu..
Percayakan mu...
Sebak dadaku...
Retak hatiku..
Luka jiwaku.. 
Dihiris pilu...

BERIBU SESALANKU.......


halwa telinga korang